
Pada 27 Oktober bermula jam 8.00 pagi telah berlangsung hari kemuncak Program Semarak Jawi anjuran Perpustakaan Masyarakat RPT Chepor (PM RPT Chepor) yang berlangsung di premis Perpustakaan Masyarakat Chepor dan Dewan Orang Ramai RPT Chepor yang terletak bersebelahan PM RPT Chepor. Pada hari tersebut telah berlangsung beberapa pertandingan seperti :

1. Pertandingan Menterjemah teks rumi ke jawi ( tahap 1 dan 2 - sekolah rendah)
2. Pertandingan Menterjemah teks rumi ke jawi ( tahap menengah)
3. Pertandingan memancing jawi ( Pra Sekolah)

4. Pertandingan menterjemah Khat (tahap menengah)
5. Pertandingan membaca teks jawi ( tahap 1 dan 2 - sekolah rendah)
Satu sudut pameran mengenai tulisan jawi juga telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Jawi .
Majlis pada hari tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari sekolah-sekolah disekitar Tasek dan Chepor seperti SK Klebang , SK Tasek Damai , SK Chepor , SMK Tasek Damai dan beberapa pra sekolah di Chepor. Begitu juga kehadiran penduduk kampung dari kawasan Chepor yang turut sama memberi sokongan kepada program yang telah dijalankan di kampung mereka. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Ahli Parlimen Tambun). Beliau juga telah bermurah hati untuk menaja sajian makan tengahari kepada peserta dan pengunjung pada hari tersebut.
Pihak urusetia juga menyediakan sarapan pagi secara percuma kepada para peserta , guru-guru dan ibupaba yang hadir pada hari tersebut. Adalah dianggarkan lebih 300 pengunjung telah hadir pada hari program tersebut . Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan program pada hari tersebut .
Promosi Program Semarak Jawi telah diperhebatkan dengan cara mempromosikan nya melalui Saluran Radio Perak FM pada 23/Oktober / 07 pada jam 8.00 pagi.
Pada sesi promosi tersebut Pengurus Projek iaitu Encik Johari Ismail (Pengurus Program) dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak , iaitu Tuan Haji Nazari b Hj Abdul Hamid selaku Penasihat Projek , telah keudara selama 1 jam.
Berbagai perkara mengenai Program Semarak Jawi telah dijelaskan semasa sesi promosi pada hari tersebut . Adalah diharapkan dengan adanya promosi sebegini akan dapat menarik lebih ramai peserta dan pengunjung pada hari program diadakan kelak.
ATURCARA PERTANDINGAN PROGRAM SEMARAK JAWI DI PERPUSTAKAAN MASYARAKAT RPT CHEPOR PADA 27/10/2007 (SABTU)
ATURCARA MAJLIS
8.00Pagi - Pendaftaran / Pameran Tulisan Jawi : Sebelum & Selepas Merdeka
9.00Pagi - Pertandingan Bermula
Pertandingan Memancing Huruf Jawi (Prasekolah)
Pertandingan Membaca Teks Jawi (Sek. Ren.)
PertandinganMenterjemah Teks Rumi-Jawi (Sek. Ren.)
Pertandingan Menterjemah Teks Rumi-Jawi (Sek. Men.)
11.00Pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan & VIP
Pertandingan Tulisan Khat
Pertandingan Menterjemah Khat
12.00 Tgh - Ketibaan YB Dato’ Husni Hanadzlah (Ahli Parlimen Tambun)
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,
(Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid)
- Ucapan Perasmian / Penutup oleh,YB Dato’ Haji Husni Hanadzlah (Ahli
Parlimen Tambun)
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati Hakim
- Jamuan
- Sesi Temuramah Media
- Majlis Bersurai.
* Program diadakan di Perpustakaan Masyarakat & Dewan Orang Ramai, RPT Chepor
ATURCARA BENGKEL PROGRAM SEMARAK JAWI DI SMK SERI KLEBANG 26/10/2007 (JUMAAT)
ATURCARA BENGKEL
0830 pg - Pendaftaran Peserta
0900 pg - Kelas Tulisan Khat Bermula
1000 pg - Sarapan Pagi
1030 pg - Kelas Bersambung
1130 pg - Kelas Tamat
1145 pg - Penyampaian Sijil (disampaikan oleh Pengarah PPANPk)
1200 tgh - Bengkel Tamat
* Program bengkel diadakan di SMK Tasek Damai, Tasek.

AJK Semarak JAWI telah menghasilkan brosur bagi program Semarak JAWI yang akan diadakan . Brosur ini telah diedarkan ke sekolah-sekolah bagi menyertai program-program yang akan diadakan nanti . Disertakan rekabentuk brosur yang telah diedarkan .
Semua AJK Program Semarak Jawi mengucapkan terima kasih kepada pihak MAXIS kerana telah melanjutkan tarikh tutup dari 26 Okt ke 8 November 2007. Terima kasih sekali lagi kerana mempertimbangkan permohonan kami .
SEJARAH TULISAN JAWI
Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di negara kita.Tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Menyingkap kembali lembaran sejarah budaya melayu zaman silam, kedatangan agama Islam ke Kepulauan Melayu selain membawa syiar agama samawi turut membawa tradisi penulisan menggunakan abjad arab yang dalam tempoh singkat telah dikuasai oleh orang-orang Melayu khususnya para ulama. Tulisan jawi telah digunakan sebagai alat persuratan dan penyampaian sumber ilmu.Tulisan jawi telah memainkan peranannya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan intelektualisme ke serata pelusuk dunia masyarakat yang berbahasa Melayu.