Rakaman promosi Program Semarak Jawi di Perak FM pada 23/Oktober / 07 pada jam 8.00 pagi. Promosi telah dilaksanakan oleh Pengurus Projek iaitu Encik Johari Ismail dan Penasihat Projek iaitu Tn Hj Mohammad Nazari b Hj Abdul Hamid. Sila klik ...
Sunday, December 9, 2007
TAHNIAH ... TEAM SEMARAK JAWI ...
Tahniah diucapkan kepada semua Pasukan Semarak Jawi diatas kejayaan pasukan kita memasuki keperingkat akhir untuk merebut tempat 1,2 atau ke 3 . Kejayaan pasukan kita memasuki peringkat akhir diharap akan dapat menjadi pemangkin kepada setiap ahli untuk berusaha membuat yang lebih terbaik lagi bagi memastikan pasukan akan berada disalah satu 3 tempat teratas .... Tahniah sekali lagi dan diharapkan persembahan mengenai projek pada 17 Disember nanti akan membuahkan satu lagi hasil yang positif ... Keep Up the Good Team Work ...
Posted by chepor at 4:48 PM
SEJARAH TULISAN JAWI
Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di negara kita.Tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Menyingkap kembali lembaran sejarah budaya melayu zaman silam, kedatangan agama Islam ke Kepulauan Melayu selain membawa syiar agama samawi turut membawa tradisi penulisan menggunakan abjad arab yang dalam tempoh singkat telah dikuasai oleh orang-orang Melayu khususnya para ulama. Tulisan jawi telah digunakan sebagai alat persuratan dan penyampaian sumber ilmu.Tulisan jawi telah memainkan peranannya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan intelektualisme ke serata pelusuk dunia masyarakat yang berbahasa Melayu.