Tuesday, November 6, 2007

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH



Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan dari kami Urusetia Program Semarak Jawi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Semarak Jawi di PM RPT Chepor . Pihak-pihak yang terlibat termasuk :

1. YB Dato' Ahmad Husni Hanadzlah , Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Tambun ;

2. Ketua Kampung RPT Chepor

3. Guru Besar serta guru-guru SMK Tasek Damai

4. Guru Besar serta guru-guru SK Tasek Damai

5. Guru Besar serta guru-guru SK Klebang

6. Guru Besar serta guru-guru SK RPT Chepor

7. Guru-guru Pra Sekolah sekitar RPT Chepor

8. Penduduk kampung RPT Chepor dan sekitar

9. Persatuan JAWI Kebangsaan

10. Ustaz Bumidin

11. Ustazah Norita bt Taib

SEJARAH TULISAN JAWI

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di negara kita.Tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.

Menyingkap kembali lembaran sejarah budaya melayu zaman silam, kedatangan agama Islam ke Kepulauan Melayu selain membawa syiar agama samawi turut membawa tradisi penulisan menggunakan abjad arab yang dalam tempoh singkat telah dikuasai oleh orang-orang Melayu khususnya para ulama. Tulisan jawi telah digunakan sebagai alat persuratan dan penyampaian sumber ilmu.Tulisan jawi telah memainkan peranannya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan intelektualisme ke serata pelusuk dunia masyarakat yang berbahasa Melayu.