Wednesday, September 26, 2007

MESYUARAT AJK INDUK SEMARAK JAWI


Mesyuarat JAwatankuasa INDUK Pasukan Semarak Jawi diadakan pada hari ini , 27 September 2007 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Seramai 5 orang jawatankuasa dari agensi luar telah hadir . Pada masa ini mesyuarat masih lagi berlangsung.

Wakil-wakil yang hadir terdiri daripada :

1. Sekolah Kebangsaan Tasek Damai

2. Sekolah Kebangsaan Klebang

3. Sekolah Kebangsaan Chepor

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai

5. Pejabat YB Dato' Husni Hanadzilah
Mesyuarat pada hari ini membincangkan tentang program-program yang akan disertai oleh para peserta dari sekolah rendah , menengah dan pra sekolah serta bilangan pelajar sekolah yang diperlukan. Kerjasama yang diterima dari guru-guru dan pengetua sekolah yang hadir amat menggalakkan kerana mereka juga turut memberi idea dan pandangan untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan.
Kesimpulannya semua wakil guru dari sekolah-sekolah diatas bersetuju untuk mengambil bahagian dalam program Semarak Jawi , dan sememangnya menyokong kerjasama diantara pihak perbadanan dan sekolah dimasa sekarang dan akan datang .

SEJARAH TULISAN JAWI

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di negara kita.Tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.

Menyingkap kembali lembaran sejarah budaya melayu zaman silam, kedatangan agama Islam ke Kepulauan Melayu selain membawa syiar agama samawi turut membawa tradisi penulisan menggunakan abjad arab yang dalam tempoh singkat telah dikuasai oleh orang-orang Melayu khususnya para ulama. Tulisan jawi telah digunakan sebagai alat persuratan dan penyampaian sumber ilmu.Tulisan jawi telah memainkan peranannya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan intelektualisme ke serata pelusuk dunia masyarakat yang berbahasa Melayu.