Kumpulan Semarak Jawi Mohon kepada Maxis cyberlinq melanjutkan lagi tarikh tutup penyertaan. Ini kerana tarikh yang di beri adalah berdekatan dengan Sambutan Hari Raya. Mohon jasa baik pihak Maxis cyberlinq mempertimbangkan permohon kami.
Sunday, September 23, 2007
Bengkel Jawi- Teknik Tulisan Khat
Bengkel jawi bertajuk Teknik Tulisan Khat akan di adakan pada 20 September 2007 di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Klebang Ipoh,anjuran kumpulan Semarak Jawi, Perbadanan Perpustakaan Awam Perak. Peserta akan di beri tunjuk ajar cara teknik penulisan khat yang sebenar oleh fasilitator yang mahir dalam bidang tulisan Khat. Peserta adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
Posted by
chepor
at
5:29 PM
SEJARAH TULISAN JAWI
Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di negara kita.Tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Menyingkap kembali lembaran sejarah budaya melayu zaman silam, kedatangan agama Islam ke Kepulauan Melayu selain membawa syiar agama samawi turut membawa tradisi penulisan menggunakan abjad arab yang dalam tempoh singkat telah dikuasai oleh orang-orang Melayu khususnya para ulama. Tulisan jawi telah digunakan sebagai alat persuratan dan penyampaian sumber ilmu.Tulisan jawi telah memainkan peranannya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan intelektualisme ke serata pelusuk dunia masyarakat yang berbahasa Melayu.