Tuesday, July 17, 2007

Mesyuarat AJK Induk

Mesyuarat telah di adakan pada 18/7/07 di bilik Latihan ICT . Dalam mesyuarat telah di maklumkan bahawa tarikh tutup kertas kerja pertandingan maxis cyberlinq 2007 di lanjutkan sehingga 2/8/07. AJK induk juga telah di beri penerangan dan tunjuk ajar bagaimana menggunakan blog pertandingan. Semua urusetia diminta untuk memberi komitmen yang jitu untuk menjayakan projek masing-masing dengan cemerlang.

mesyuarat pelancaran Bengkel Jawi di PM RPT Ulu Chepor

Mesyuarat pelancaran program Bengkel JAWI telah diadakan pada 6hb Julai 2007 di Perpustakaan Masyarakat RPT Ulu Chepor yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohamad Nazari (Pengarah) selaku Penasihat Projek.

SEJARAH TULISAN JAWI

Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di negara kita.Tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.Tulisan jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui.

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.

Menyingkap kembali lembaran sejarah budaya melayu zaman silam, kedatangan agama Islam ke Kepulauan Melayu selain membawa syiar agama samawi turut membawa tradisi penulisan menggunakan abjad arab yang dalam tempoh singkat telah dikuasai oleh orang-orang Melayu khususnya para ulama. Tulisan jawi telah digunakan sebagai alat persuratan dan penyampaian sumber ilmu.Tulisan jawi telah memainkan peranannya dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menyebarkan intelektualisme ke serata pelusuk dunia masyarakat yang berbahasa Melayu.